Search This Blog

Pantun Melayu Warisan Rakyat

Pantun Melayu Warisan Rakyat Yang mana satu pantun Melayu pilihan anda? Mana satu pantun yang anda masih ingat sejak mula-mula mempel...


Pantun Melayu Warisan Rakyat

Yang mana satu pantun Melayu pilihan anda? Mana satu pantun yang anda masih ingat sejak mula-mula mempelajarinya sewaktu zaman sekolah dahulu sehingga lah sekarang. Manakah pantun yang paling anda suka?


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang dua;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Rama-rama cantik, ikan keli sayang;
Saloma cantik, P. Ramlee sayang.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak mahu.

Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja;
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang;
Dua tiga boleh ku cari,
Manakan sama adik seorang.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Biarpun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh lah kita berjumpa lagi.

sumber : http://pantunmelayu.com/pantun-melayu-warisan-rakyat 

COMMENTS

Name

Headline,4,Pantun,2,Petuah,3,Tunjuk Ajar,2,
ltr
item
Majalah Kampar Dihati: Pantun Melayu Warisan Rakyat
Pantun Melayu Warisan Rakyat
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhE1mS5XctPW7-JbQu4s1gPL88lFe0QD9ds0q3AtRuTrpBXQzzfVXST69eh3q29K8FiqDKVM4ZblZkuD0w66aAqpJjjt85dzt8dVrtw1gCJntrfShaRS5b6e-ec5j7tVWJJQGh11legclTB/s320/lam33.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhE1mS5XctPW7-JbQu4s1gPL88lFe0QD9ds0q3AtRuTrpBXQzzfVXST69eh3q29K8FiqDKVM4ZblZkuD0w66aAqpJjjt85dzt8dVrtw1gCJntrfShaRS5b6e-ec5j7tVWJJQGh11legclTB/s72-c/lam33.jpg
Majalah Kampar Dihati
https://majalahkampardihati.blogspot.com/2019/10/pantun-melayu-warisan-rakyat.html
https://majalahkampardihati.blogspot.com/
http://majalahkampardihati.blogspot.com/
http://majalahkampardihati.blogspot.com/2019/10/pantun-melayu-warisan-rakyat.html
true
6845392473820245243
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content